- Details
- Category: Uncategorised
Mengenai Kami | ABOUT US


Sebelum menubuhkan BUAT RUMAH resources, Abdul Khafiz berkhidmat sebagai Perekabentuk Projek (Project Designer) selama 3 tahun dengan sebuah syarikat yang berpengkalan di Amerika Syarikat dan bertanggungjawab merekabentuk dan membangunkan prototaip kedai mesra (convenience store) untuk Exxonmobil di seluruh Eropah.

Sebagai Pengarah dan Pengurus Pelanggan, Kareem juga membantu merekabentuk kerja-kerja kejuruteraan mekanikal dan elektrikal serta menguruskan projek-projek dari peringkat awal perancangan, pembinaan dan penyiapan.

Ir. Muhamad Dalee Othman memperolehi ijazah kepujian Kejuruteraan Awam di Universiti Teknologi Malaysia dan telah menimba lebih 18 tahun pengalaman didalam kerja-kerja merekabentuk dan menguruskan pelbagai projek kediaman, komersil, kilang serta kerja-kerja pembangunan infrastruktur.
Melalui firmanya, PERUNDING DALEE, Ir. Dalee membantu BUAT RUMAH resources mengendali dan memantau kerja-kerja rekabentuk dan pembinaan yang melibatkan kejuruteraan awam dan struktur (C&S).
Ir. Dalee berkeyakinan bahawa perundingan, rekabentuk dan pengurusan sesebuah projek pembinaan perlu diterokai dan dikongsikan bersama oleh setiap profesional yang terlibat didalam industri pembinaan.











