BUMBUNG 

 

Bumbung memainkan peranan yang penting di dalam struktur sebuah rumah. selain daripada menjadi pelindung daripada cuaca panas dan hujan, bentuk bumbung memberikan nilai estetika sesebuah rumah.  

Pembinaan bumbung pada amnya boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu :-

1. Bumbung Rata 

  • mempunyai kecerunan kurang daripada 10%. Kasaunya merentang antara tembok, rasau ataupun kekuda dengan jarak 2 hingga 4 meter dari tetengah untuk menyokong gulung- gulung.

2. Bumbung Curam

  • mempunyai kecerunan melebihi 10% dari garisan ufuk.
  • Bumbung curam didapati dalam pelbagai bentuk, antaranya ialah :-
    1. Bumbung Tebang Layar
    2. Bumbung Limas
    3. Bumbung Gambriel
    4. Bumbung Layang
    5. Bumbung Mansard



PEMILIHAN BUMBUNG

Pemilihan bumbung adalah bergantug kepada faktor- faktor berikut:

  1. Jenis bangunan
  2. Ketahanlasakan
  3. Rintangan kepada haba
  4. Perlindungan cahaya
  5. Kecantikan
  6. Ekonomi
  7. Kemungkinan pengubahsuaian pada masa hadapan

 

Kekuda Bumbung

Kekuda bumbung adalah digunakan untuk menyokong bumbung yang tergantung pada panjang rentang, kecerunanbumbung dan bahan penutup bumbung. Beban bumbung akan dipindahkan ke gelegar dengan sekata sebelum dipindahkan ke kekuda bumbung. Gelegar adalah anggota yang disambungkan antara kekuda dengan kekuda yang lain. Kekuda bumbung akan disokong samada oleh tiang (besi, konkrit dsb)  atau dinding.

Penutup Bumbung

Penutup bumbung mestilah terdiri daripada bahan- bahan yang kalis air. Bahan- bahan yang digunakan untuk membuat penutup bumbung adalah seperti kepingan kuprum, pumbum, zink, aluminium, asbestos, plastik, konkrit dan tanah liat.

i. Genting Konkrit 

Genting konkrit diperbuat daripada campuran pasir, air, simen dan pigmen2 tambahan seperti pewarna. Ia melalui proses pengeringan biasa (tanpa pembakaran) didalam suhu sekitar 60 darjah celcius. Ia sangat kukuh boleh dihantar ketapak dan dipasangkan hanya beberapa hari sahaja selepas dikeringkan.


ii. Genting Tanah Liat

Genting tanah liat telah lama gigunakan sebagai penutup bumbung rumah. Genting tanah liat diperbuat daripada tanah liat dan dikeringkan melalui proses pembakaran. Genting jenis ini selain daripada memaparkan nilai estetik tetapi sangat tahan lama dan kurang kerja penyelenggaraan. 

 iii. Kepingan Bumbung Keluli

Kepingan bumbung Keluli biasanya diperbuat daripada zink (zincalume), aluminium atau campuran kedua-duanya. Penutup bumbung jenis ini sangat ringan, fleksibel dan terdapat pelbagai profil serta warna pilihan.