GARISAN ANJAKAN BANGUNAN

 

Garisan Anjakan Bangunan adalah merujuk kepada jarak di antara bangunan dengan sempadan garisan bangunan, rizab atau bangunan lain di mana sebarang pembinaan tidak dibenarkan. 

 

Tujuan anjakan ini adalah supaya kawasan perumahan tidak terlalu sempit dan nampak lebih selesa serta teratur. Ia juga bertujuan sebagai kawasan untuk menghalang sesuatu kebakaran dari merebak ke rumah lain (buffer zone).

 

Setiap rekabentuk rumah banglo atau pengubahsuaian rumah mesti mematuhi anjakan ini untuk mendapatkan kelulusan dari PBT.